life becomes a journal, experiences turn into memories, friendship eternally blooms...
Tuesday, December 20, 2011
Big Girls Don't Cry.
I cried.
Yeah, I cried today.
Because of you, I skipped my lunch.
And because of you, I cried.
Please, don't do this to me.
Please.
Allah shows the way when I came across someone's blog.
"La ilaha illa anta , subhanaka inni kuntu minazzolimin". Extracted from Suratul Anbiya', verse 87.
Translation: There is no god but Thou, glory to Thee,I was indeed wrong.
Friday, December 16, 2011
Berabuk sepiking London...
It has been ages,no? Gilak lama ku rasa. Yeke?
Entri2 sebelum ini pun, aku banyak post gambar, ayat sepatah dua jek. Wan cakap blog aku dah jadik macam Tumblr dahhhh. Gambo jek semedang... eh, ada la aku post sebelum raya aji ritu. yang tajuk Rendang Daging Segar tu....yang meleret-leret tu..
Entri kali ini agak bersifat rambang (random).. dan agak bersifat rojak baik dari segi bahasa, susunan ayat, pengolahan cerita, opinions, etc. See what I mean..?
HARI INI
Ari nie aku pegi ke KBmall dengan si Zul.
Semalam after PBL, aku n dia pegi Nurani punya kafe, memandangkan kitorang tak makan tengah hari lagi masa tue.
Aku: Zul, kita tadek plan nak g memana kan esok...? (ayat provokasi semata-mata)
Zul: Tu la, aku baru terfikir nak keluar bla.....bla....
Aku: Kalu ko nak keluar, aku nak ikut weyh...
.
.
.
.
.
.
Dipendekkan cita, kitorang keluar la esoknya. Tadek urusan menda pun, saje je nak kuar. Seriously, aku macam jakun tengok jalan2 menghala ke KBmall tu dah ada pacak2 tiang2 beso nak wat crossover menda la. Sebelum ni, macam terbengkalai jek.No offense la.
Punya la berkurun aku tak keluar merewang. babahahahahaha
So, aku pun ambik la kesempatan pegi betulkan spek aku neh. Gila baru jek ganti cermin 2 bulan lepas, astigmatism/kesilauan mata aku meningkat daripada 175-->300!!
Padan la minggu ni seriously speaking, aku taleh buka mata langsung dalam lecture. Bukan mengantuk, tapi mak ai punya silau lampu DK tu aku rasa. BUT, but,but, ada time emang aku taleh bukak mata sebab aku mengantuk. Sapa tak mengantuk weyh, lecture kul 830 habis pukul 1 tengah hari!
Dan, sepanjang 2 minggu lepas, aku hanya membuka lampu meja tanpa membuka lampu bilik, sebab mata aku jadik sangat sensitif pada cahaya. Photophobia, mungkin?
(apabila aku menggunakan gaya penulisan begini, aku terasa rock/rugged gila la plak)
So, balik dari KBmall setelah berjam2 merewang, aku pun start la operasi basuh baju, telekung,labcoat etc. Alang2 penat berjalan, kan.
Petang, aku pergi ke farmasi untuk membeli loratadine, memandangkan aku dah mula bersin tak kurang 5 kali sepanjang di KBmall tadi. Even, aku rasa sekarang ni macam nak demam jek. Singgah pasar malam, agak lama jugak pasal aku order satu2.
Aku: kak, nak kentang.
Akak gerai yang ligat amik order: emm, WEDGES?
Aku: Ah..? A'ah. (aku tersenyum malu di situ)
Dah siap aku punya kentang, then order plak NASI AIR/MOI/BUBUR NASI/KANJI NASI (ikut suka kome le nok panggil menda pun).
Then, chocolate ice-blended plak. SEMUANYA DI ORDER PADA SATU GERAI. see, betapa aku baik hati nye tidak meng'order makanan2 tersebut sekaligus? Bukan ape, aku tamau la kasik pressure kat akak tu. Boleh jek nak cakap "kak, nak kentang satu, nasi air satu, chocolate ice-blended tamau benda itam yang bijik2 tu satu? See, korang dengo pun tension, kan.Itu la perasaan orang amik order weyh. I know, coz I used to be one.
(sekali lagi, aku rasa macam bukan aku jek yang taip benda alah neh sume, blog kena hacked maybe, ke minda tuh yang kena hacked? Ooops..)
A piece of advice from a dental cum medical student:Guys/Girls, please dont smoke. Not in front of me. Not in front of other people.
An advice from a future dentist: Continue Smoking, and you actually increase your possibility of suffering from oral cancer.
An advice from a girl/wife: Once you start smoking, WE'RE OVER!
Sekian, maaf andai ada ketelanjuran kata, wassalam. :)
oppss: Tambahan, Wan seperti yang disebut di atas, adalah Wan Zarina, kawan sekelas, se-prostho lab, se-study group etc
Zul aka Zulaikha Razak ialah kelas met jugak, merangkap desasiswa-mate, etc. Mcm description hat Wan yg aku cakap tadik tue. heh
Friday, December 2, 2011
Thursday, November 24, 2011
Tuesday, November 15, 2011
USM LADIES DAYS: untuk kita-kita aje..!
Friday, November 4, 2011
RENDANG DAGING SEGAR ~~
Monday, October 31, 2011
Sunday, October 30, 2011
Terlupa, aku hanya manusia biasa!
Saturday, October 29, 2011
Wednesday, October 26, 2011
Si Bujang di Bilik
Tuesday, October 25, 2011
Friday, October 21, 2011
Wire yang bengkang-bengkok
Tuesday, October 18, 2011
M-pop
23:24
Kadang-kadang, bau baju yang dibasuh di rumah boleh menerbitkan rasa rindu.
Aku sedang mendengar lagu. Ala, kat radio biasa lah Tau, kan?
Cinta Pantai Merdeka. Love of Freedom Beach (terjemahan terus)
Pernah dengar? Sapa yang lahir tahun 90an, tau la kot.
Sapa2 yang layan Kpop, dua puluh empat tujuh ke, sugar-sugar ke mungkin tak tahu. Boleh jadi tahu
Oh, tiba-tiba rasa sayu. Gila nostalgik
Tiba-tiba teringat pada seorang teman yang amat meminati lagu jiwang-karat-tangkap-leleh begini.
Teman, si perempuan
Siap buat jadi "caller ringtone"
Aduhai kenangan
Teman yang pernah diajak "meronggeng" tiap jumaat
Yang boleh bersembang kuat-kuat bila motor berhenti di traffic light
Yang bila gelak, orang keliling tak ingat.
Untungnya menjadi orang yang "lampi" rasa amarah, tetapi memaafkan baginya mudah
Lemahnya diri terasa bila acap kali tak mampu menerima "pengkhianatan" daripada seorang teman
Lemahnya diri terasa bila acap kali butang "delete" di telefon tangan, lincah sungguh jemari menekan
Lemahnya diri terasa tika diri masih tak mampu menjadi orang yang kaya sifat mahmudah
Benar, menjadi lebih baik, siapa bilang tak susah?
Maaf.
Pada teman yang lelaki mahupun perempuan,
Yang dulu pernah sama-sama berjalan,
Dari Teluk Batik hingga Setiawan,
Yang pernah semeja makan,
Walau berlainan pinggan, minum tak pernah secawan
Maaf.
Kerana jarang melayan,
SMS mahupun panggilan,
Walau begitu, kita masih dan selamanya kawan, kan.
(Radio pasang lagu Mawar Putih Untuk Mama la plak, "feeling" lagi...)
nota kaki kanan: keinginan mengepos entri tergeliat disebabkan sambungan internet tanpa wayar dan bayar yang lembap dan malas macam kucing kekenyangan.sila lihat tarikh entri ditaip.
terima kasih sayang pada "orang rumah" kerana ehsan jalur lebar beliau. (kunun nak cari pasal stool culture,tp pitstop kat blog dulu. meh heh heh)
Assalamualaikum warahmatullah.