Tuesday, October 18, 2011

M-pop


Sunday, October 16, 2011

23:24

Kadang-kadang, bau baju yang dibasuh di rumah boleh menerbitkan rasa rindu.

Aku sedang mendengar lagu. Ala, kat radio biasa lah Tau, kan?

Cinta Pantai Merdeka. Love of Freedom Beach (terjemahan terus)

Pernah dengar? Sapa yang lahir tahun 90an, tau la kot.

Sapa2 yang layan Kpop, dua puluh empat tujuh ke, sugar-sugar ke mungkin tak tahu. Boleh jadi tahu

Oh, tiba-tiba rasa sayu. Gila nostalgik

Tiba-tiba teringat pada seorang teman yang amat meminati lagu jiwang-karat-tangkap-leleh begini.

Teman, si perempuan

Siap buat jadi "caller ringtone"

Aduhai kenangan

Teman yang pernah diajak "meronggeng" tiap jumaat

Yang boleh bersembang kuat-kuat bila motor berhenti di traffic light

Yang bila gelak, orang keliling tak ingat.


Untungnya menjadi orang yang "lampi" rasa amarah, tetapi memaafkan baginya mudah

Lemahnya diri terasa bila acap kali tak mampu menerima "pengkhianatan" daripada seorang teman

Lemahnya diri terasa bila acap kali butang "delete" di telefon tangan, lincah sungguh jemari menekan

Lemahnya diri terasa tika diri masih tak mampu menjadi orang yang kaya sifat mahmudah

Benar, menjadi lebih baik, siapa bilang tak susah?

Maaf.

Pada teman yang lelaki mahupun perempuan,

Yang dulu pernah sama-sama berjalan,

Dari Teluk Batik hingga Setiawan,

Yang pernah semeja makan,

Walau berlainan pinggan, minum tak pernah secawan

Maaf.

Kerana jarang melayan,

SMS mahupun panggilan,

Walau begitu, kita masih dan selamanya kawan, kan.


(Radio pasang lagu Mawar Putih Untuk Mama la plak, "feeling" lagi...)

nota kaki kanan: keinginan mengepos entri tergeliat disebabkan sambungan internet tanpa wayar dan bayar yang lembap dan malas macam kucing kekenyangan.sila lihat tarikh entri ditaip.

terima kasih sayang pada "orang rumah" kerana ehsan jalur lebar beliau. (kunun nak cari pasal stool culture,tp pitstop kat blog dulu. meh heh heh)

Assalamualaikum warahmatullah.


No comments:

Post a Comment