Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera
Entri kali ini aku tujukan khas buat adik2.
Ya, adik2 lelaki mahupun perempuan.
Yang masih berumur belasan.
Yang sedang asyik berkawan.
Jadi, angggap sahaja aku sebagai kakak yang sedang “membebel” adik2 aku.
Penggunaan bahasa kali ini mungkin agak pasar, mungkin sedikit kasar tapi, tapi, tapi, tapi, aku nasihat sebab aku SAYANG. Kalau aku tak sayang, aku tak cakap, aku biar jek.
Sebenarnya, bila aku dah besar ni, kadang2 aku rasa cara aku bercakap dah macam mak orang. Cara aku berfikir sekarang mungkin agak konservatif/ tradisional berbanding sebilangan orang yang sebaya dengan aku.
Bayangkan, aku ada 2 adik perempuan dan seorang lelaki. Angah di Matrik, Dila dan Alip masih bersekolah.
Namun, melihat senario remaja pasca-aku sekarang ni, aku jadik takut.
Takut terjebak.
Takut terlibat.
Takut terjunam.
Takut lemas dan tenggelam dalam kondisi kehidupan sosial remaja/budak sekarang ini.
Pilih Kawan
Aku suka tengok orang.
Ma aku cakap kat kitorang adik-beradik ”aku ni, tengok ghoman muka orang pun aku tau doh” ....
” aku tak tau le kome ni berkawan ghope mane”
Aku ni kadang2 macam ma aku jugak. Bukan kadang2, sebahagian beso kot.
Contoh: Ma aku gelak kuat. Aku pun.
Ma aku bising. Aku pun.
Abah aku pe’nyenyap orangnya.
Memilih kawan tu penting, dik.
Kita bukan suruh awak pilih yang kaya2.
Kita bukan suruh awak pilih yang popular2.
Kita bukan suruh awak pilih yang kacak2.
Kita bukan suruh awak pilih yang cantik2.
Kita cuma nak awak pilih kawan yang buat awak KAYA dengan adab,yang POPULAR sebab awak boleh berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.
Kawan yang boleh buat awak cantik, dik. Dia boleh buat awak kacak,InsyaAllah.
Sebab;
Yang cantik tak semestinya kerana rupa dan harta,
Tetapi kerana AURAnya.
Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.
Berkawan, baik dengan lelaki atau perempuan,
Mesti ingat ada batasan selagi tanpa ikatan perkahwinan,
Walau kadang2 aku sendiri pun tak perasan,
Bergurau yang berlebih-lebihan,
Itulah untungnya ada kawan2,
Yang tak jemu saling mengingatkan.
Pilih kawan;
Yang memberi semangat.
Sekian, wassalam.
like!
ReplyDelete