sewaktu saya berada di dalam kelas Hubungan Etnik hari ini,
saya amat tertarik dengan istilah "pseudo-english" yang doktor gunakan.
"pseudo-english Malay"?, err...
benar, tak salah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
tetapi, usahlah memandang enteng kepada bahasa sendiri. pincang emosi namanya tu!
maaf, saya mengakui saya agak emosional apabila membincangkan isu2 sebegini dan saya sedar bahawa pertimbangan minda yang rasional amat signifikan terutamanya apabila kita membahaskan isu2 yang kadangkala dianggap klise atau semata-mata retorik.
kelas tadi membincangkan masyarakat Malaysia dan ekonomi yang pada pendapat saya, tidak perlulah saya memperkatakan panjang lebar di sini. (tettttttt...)
lagipun, sepanjang kelas tadi saya dengan seorang rakan sekelas turut sama membincangkan tentang isu2 ekonomi serta senario pendidikan di Malaysia dewasa ini. (haha, nampak sangat perhatian kepada doktor agak kurang di situ).
nampaknya, entri kali ini agak skema berbanding yang sebelumnya.
sekian. sehingga bertemu di lain lembaran. :)
No comments:
Post a Comment