Wednesday, December 22, 2010

OSCE, 1-hour detention and muntah-muntah

salam.

saya berasa sungguh malu macam pokok semalu DM 1 kerana:

kesilapan melihat nombor stesen menyebabkan saya terpaksa menunggu selama lebih sejam untuk membuat jawapan pada stesen yang tertinggal itu. saya masuk ke dewan kuarantin pukul lapan pagi dan keluar dari wad peperiksaan pada jam dua lima belas petang.


ok, saya mengaku ia memang salah saya. miscommunication, doktor tue cakap.
nasib baiklah doktor tue tak marah2.
dan nasib baik juga sebabnya bukan saya seorang jek yang kena tinggal.

tapi terasa bersalah kerana saya melibatkan orang lain dalam kesilapan saya. sila maafkan kekhilafan diri ini.

hari ini, patient yang menjadi mangsa saya ialah seorang lelaki muda. nasib baiklah saya tidak mengalami apa-apa kesesakan nafas semasa melakukan pemeriksaan fizikal tadi.
alhamdulillah, doktor yang memeriksa pun agak santai.

oh ya, sepanjang minggu peperiksaan ini, saya berasa agak tertekan terutamanya apabila ada rakan-rakan yang membincangkan jawapan masing2 yang telah dibuat. (alamak, kenapa jawapan saya tidak sama seperti dia?salah mengdiagnosiskah?)

sepanjang minggu peperiksaan ini juga, saya mengalami anticipatory emesis setiap pagi. perhatian: ini bukan morning sickness.

anticipatory emesis merupakan perbuatan(erkkkk?) muntah yang berlaku apabila seseorang itu berfikir tentang sesuatu perkara yang apabila dilakukan, akan membuatkan dia muntah. (ha, ha, tak dapat follow la tue)

contohnya:

katakan seseorang itu akan muntah setiap kali selepas menjalani kemoterapi.
sekiranya dia muntah apabila memikirkan tentang terapi itu , maka perbuatan muntah itu, dipanggil anticipatory emesis.

sekian, terima kasih encik. :)


No comments:

Post a Comment