Sunday, October 10, 2010

celoteh si faiz..


salam.
i was at home last weekend.
homesick la, katakan.
ta buat pape pun di rumah.
melingkar jek depan tv, sembang ngan ma, keluar beli barang ma nak masak etc.
nota last week sehari sebelum balik ke USM baru nak buka.

petang tue, saya mendukung anak jiran yang belum pun berumur setahun.
tetiba, terkeluar daripada mulut "ma, ce bayangkan aku mendukung anak sendiri time neh.."
hahahahahahahah

terasa nak berguling2 ketawa.
secara serius, saya tidak dapat mempercayai sekiranya yang saya kendong ketika itu merupakan anak saya sendiri.
secara faktanya, tidak dapat dinafikan, saya pernah terfikir untuk berkahwin pada suatu masa nanti yang entah bila saya pun kurang pasti, namun tidak pernah la pula saya membayangkan mempunyai anak ketika ini.

okeh, bercakap pasal kahwin ni,

cikgu saya yang kini merupakan seorang pengetua pernah mengungkapkan kata-kata yang sehingga kini masih berbekas di hati saya; "faiz, seorang lelaki akan memilih sebaik2 wanita untuk dia kahwini." ketika itu, saya, ma dan beliau
sedang dalam kereta dr Gerik ke Kuala Kangsar selepas menghadiri suatu majlis anjuran sebuah yayasan 5 tahun lalu.

pernah dengar kan? "LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK, PEREMPUAN BAIK UNTUK LELAKI BAIK".
saya tak nafikan bahawa saya turut mempunyai persepsi yang tinggi untuk bakal suami saya nanti.
acap kali kita dengar 'oh, saya nak suami yang kaya, tampan, menawan, putih
melepak sebagai contoh. oh, saya nak yang ada ciri2 6K= Kaya,Kacak, Kerja tetap,Kurus, Khatam Quran, Kedoktoran, Kejuruteraan....

bercakap pasal kejuruteraan neh, sepupu kawan saya bertunang dengan jurutera pelantar minyak. saya nak jurutera kapal selam boleh x......? *wink10*


saya nak mencari lelaki yang Subuhnya di masjid.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/838-kenapa-aku-masih-solo.html

tapi, kata-kata daripada seorang kenalan saya membuatkan saya tersedar yang sememangnya "LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK, PEREMPUAN BAIK UNTUK LELAKI BAIK".



mencari lelaki yang Subuhnya di masjid, saya pun nak, jurutera kapal selam? lagiiii la saya nak. tapi bagaimana pula dengan Subuhnya tuan empunya diri? 600am,630am,700am,930am,1200pm???? *sobs3*

kadang2, kita rasa dah "isyhhhh... lelaki camnilah yang aku cari2. bertuah dia jadik bf aku,oooppssss... "
tup2, clash pulakkkk...
kan allah da cakap, boleh jadi yang kita sayang tu la yang memudaratkan kita, boleh jadi jugak yang kita benci tu la memanfaatkan kita. sesungguhnya, allah tu maha mengetahui, kan.

kawan saya cakap, jodoh tue, bila tiba masanya, akan datang dengan sendiri. tapi,pada pendapat saya, hal ini tidak pula bermaksud, jangan berkawan dengan sesiapa. usaha la, dan jodoh tue akan sampai, dengan izin Allah.
jangan pulak you isolate yourself from opposite gender pulak, nak berkawan, kawan la, tapi mesti ada LIMIT. rujuk la mana2 buku adab2 dalam pergaulan.try baca yang karya saifulislam. eceh, promote pulak, hey, saifulislam nak datang ke kampus sini tau hujung minggu ni, insyaAllah. datanglah kalau berkesempatan. ada BOOKFAIR,PC FAIR, PAMERAN PERUBATAN,PERGIGIAN,BOTANI,HAIWAN DAN SEBAGAINYA.
wah, kat book fair ada jual komik jepun. sila simpan duit untuk membelinya!!!!!!


sekian, wassalam.



1 comment: